zwani.com myspace graphic comments

Sunday, January 29, 2012

CuKuP


 Cukuplah dengan hanya membiarkan rasa itu berbicara di hati... Dan cukuplah dengan hanya diri dan Dia sahaja yang mengerti.. "

Begitu indahnya apabila cinta mulai bersemi, seikhlas hati kerana Ilahi. Namun bukan semudah dengan lafaz kata-kata mahupun ucapan dari jiwa, kerana hakikat ianya haruslah dibuktikan dengan perlaksanaannya.

Seandainya ikhlas mencintai seseorang insan kerana Ilahi, sudah pasti diri tidak mudah melafazkan kata-kata janji, apatah lagi mengucapkan madah cinta yang belum pasti.

Maka seharusnya, apabila mengetahui belum pasti saatnya, cintailah si dia secara diam tanpa berbicara, biarlah dirimu dan Allah Ta'ala sahaja yang mengetahuinya, itulah tanda keikhlasan dan kejujuran yang sebenarnya, kerana hakikat itu menjadikan ia semakin indah apabila hampir waktunya.

Usahlah risau jika ia terlepas dari jiwa, namun yakinlah bahawa jika itulah jodoh buat kita, suatu hari pasti kita akan memilikinya. Namun jika dia bukan jodoh kita, seandainya sudah didalam genggaman kita, pasti suatu hari nanti akan terlepas jua akhirnya.

Biarlah 'lafaz hikmah' itu berbicara sendiri, apabila sudah tiba masanya nanti, di saat yang sudah pasti untuk diri, pada hari yang menjadikan akad sebagai saksi, dan juga mahar sebagai bukti, sebagai tanda ikatan yang halal telahpun bersemi.

Ingatlah jika saat belum pasti masih belum tiba buatmu, apabila lafaz tersebut diucapkan selalu, pasti bila didalam perkahwinan ia akan menjadi jemu. Jika selalu berkomunikasi dengannya, akan luputlah keindahan dlm perkahwinan bila berbicara dengannya. Begitulah juga, seandainya selalu bersama dengannya, akan hilanglah nikmat apabila bersama..
Maka, kesabaran itu sangat perlu untuk mendapatkan kebahagiaan yang sebenarnya.. Kerana itulah, ketetapan dan syari'at Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiriHUKM,28/1/12

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...